" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

MUZAKARAH : N AZIZ DISERGAH KARPAL ?






Pada mulanya baik2 aje cadangan dari ularmak politik ini, akhirnya dia pusing ke lain pulak dahhh. Nak muzakarah kena terima Lim Kit Siang, Karpal dan Aljuburi ? 


Ikuti kenyataan asal Nik Aziz untuk mengadakan muzakarah bersama Umno bagi membincangkan halatuju melayu dan Islam : 




 PAS menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan lebih menyeluruh dan bukannya sekadar pandangan sebelah pihak. Kenyataan itu dikeluarkan Mursyidul Am parti Islam tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan situasi semasa dilihat keadaan yang amat sesuai untuk mengadakan muzakarah terbabit. “Isu muzakarah ini berlaku sejak pimpinan PAS diketuai oleh Datuk Asri Musa lagi, tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. 

Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat. “Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini. Dipetik Harakah Online, Menteri Besar Kelantan itu menambah, muzakarah adalah fitrah manusia yang seringkali kerap berlaku bagi menrungkai sesuatu perkara. “Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, ertinya masing-masing mahu berhujah. “Soal muzakarah memang PAS sudah lama hendak bermuzakarah dengan Umno, atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi. “Tetapi sampai sekarang tak jadi. 

Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya lagi. Dipetik Sinar Harian Online sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu. Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya muzakarah itu mencapai objektifnya dalam usaha menegakkan syiar Islam. Beliau turut menegaskan perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda. Sementara itu, Mufti Pahang, 

Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam adalah satu perkara yang baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah. Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya ia lebih telus dantidak cenderung kepada mana-mana pihak. Bagaimanapun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka. 


Kenapa sekarang Nik Aziz pusing 360° ? Mungkinkah ada tentangan daripada rakan2 PR ?

1 comment:

  1. PAS AMAL ONANI SESAMA SENDIRI PASAL NAK CARI PUBLISITI MURAH2 JEK BROO..NK MUZAKARAH TP MINTAK UMNO IKUT PERANGAI BURUK MCM DIA..MANE BAPAK KAPIR TU DPT ILHAM MERAPU MCMTU KEHKEHKEH

    ReplyDelete