" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

HOT ! MB DIUGUT WANITA SIMPANANNYA



Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau - Free Malaysia Today

Latest MH370 : Its a Criminal Investigation



The disappearance of Malaysia Airlines Flight 370  has now been classified as a criminal investigation, according to Malaysia’s police chief. He also cautioned that the investigation may still not arrive at any concrete conclusions.


Specifically, authorities believe the plane's deliberate and abrupt turn off course could not have been simply the result of an accident. However, officials also announced on Wednesday, none of the passengers are suspected of any wrongdoing, leaving the investigation to focus solely on the crew at this time.


The current consensus is that radar and satellite data show the flight turning off course and flying back across Malaysia before heading out over the Indian Ocean. That change of course is being investigated as a “criminal act.” There is no information as to who committed the supposed criminal act.


KES PERMOHONAN CERAI NURUL IZZAH

 
 
 
 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 17 April depan bagi suami kepada Nurul Izzah Anwar, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim membawa wakil masing-masing untuk dilantik menjadi jawatankuasa pendamai dalam usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.

Tarikh itu ditetapkan selepas ahli perniagaan itu gagal membawa wakil pada prosiding sebutan kes itu semalam.

Hakim Syarie Ab Malek Awang menetapkan tarikh itu dalam kamarnya semasa sebutan kes itu yang dihadiri pasangan itu dan peguam masing-masing di sini, semalam.

Nurul Izzah hadir buat pertama kalinya di mahkamah semalam ditemani adik perempuan dan rakannya.

Nurul Izzah membawa bapa saudaranya, Rosli Anwar sebagai wakil pihaknya dalam jawatankuasa berkenaan.

Mahkamah turut menetapkan 12 Jun depan bagi kedua-dua jawatankuasa pendamai yang dilantik mengemukakan laporan masing-masing sebelum mahkamah itu membuat sebarang keputusan berhubung permohonan cerai difailkan Nurul Izzah.

Pihak media gagal mendapatkan sebarang komen daripada Nurul Izzah, sebaliknya beliau mengulangi kata ‘terima kasih kerana menghormati privasi kami’ lantas bergegas meninggalkan mahkamah.

Pada prosiding sebelum ini, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak itu segera melantik wakil masing-masing kerana kes berkenaan sudah begitu lama tertangguh.

Nurul Izzah, 34, memfailkan permohonan cerai terhadap Raja Ahmad Shahrir mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Pasangan yang berkahwin pada 9 Mei 2003 di kediaman Anwar di Damansara dan dikurniakan dua orang anak masing-masing perempuan dan lelaki tujuh dan empat tahun.

Awang Adek dilantik Duta Besar Malaysia ke AS





Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat (AS) di Istana Negara di sini.


Menurut kenyataan Kementerian Luar, Awang Adek, 59, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memiliki Ijazah Sarjana Muda (Matematik dan Ekonomi) dari Drew University, AS.


Beliau turut memegang Ijazah Sarjana (Ekonomi) dan Doktor Falsafah (Ekonomi) dari University Pennsylvania, AS. - Utusan Online