Ingatlah bahawa anugerah keamanan dan keharmonian negara mesti
disyukuri dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh
warganegara.
Dalam hal ini, Islam menuntut bahawa cintakan keamanan
negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur. Segala bentuk
perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah sebahagian
daripada ibadah dan tanda jihad kita di jalan Allah.
Bagi
memastikan keamanan ini terpelihara sepanjang masa maka rakyat di
negara ini khususnya umat Islam dituntut mengekalkan cara hidup bertolak
ansur antara kita dengan mengambil kira kepentingan semua kaum sama ada
dari segi agama, budaya, politik, ideologi dan lain-lain.
Namun, umat
Islam diingatkan agar tidak terpengaruh dengan aliran-aliran pemikiran
baru yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan memesongkan akidah
seperti mereka yang menyamakan semua agama di dunia atau mereka yang
terlalu bebas hingga tidak terikat dengan ajaran Islam.
Oleh itu, marilah
kita sentiasa menghargai dan mensyukuri nikmat keamanan iaitu dengan
meletakkan kepentingan aspek keselamatan melebihi daripada kepentingan
peribadi atau kumpulan. Hanya dengan keamanan, kita dapat melakukan
urusan kehidupan tanpa merasa takut, gerun dan sebagainya. Firman Allah
SWT dalam surah An-Nahl ayat 112 :
Maksudnya:
“Dan
Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan
tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat,
tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah
merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah
lakukan”.
No comments:
Post a Comment