” PAS terlampau
bergantung kepada isu, sedangkan UMNO memegang isi-isinya. Isu sedap
didengar, tetapi isi boleh dilihat di sekeliling mereka atau melalui
media milik kerajaan.
Tanpa isu pembangkang hampir dilupakan. Sesuatu
isu akan segar dalam tempoh seminggu kemudian akan dilupakan selepas
sebulan.
Sebab itu mereka mesti menciptakan isu baru sebelum isu lama
dilupakan. Yang menarik isi bagi parti pemerintah adalah isu bagi parti
pembangkang.
Isu boleh datang dan boleh pergi. Orang yang selalu bermain
dengan isu adalah orang yang ketiadaan isi. Inilah permainan
orang-orang yang berjiwa kerdil, tetapi bermulut besar ,” - GuruBashid
No comments:
Post a Comment