" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Penguatkuasaan undang-undang murtad masih lemah: Mufti Kelantan

PASIR PUTEH: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, mengakui penguatkuasaan yang lemah sebagai punca undang-undang murtad negeri itu tidak dapat dilaksanakan secara berkesan.

Beliau berkata, walaupun enakmen menghalang kegiatan murtad sudah wujud sejak 1980 dan pihak terbabit boleh didakwa di mahkamah sivil, ia masih tidak memberi kesan kerana kelemahan dari segi kuatkuasa.

"Ini antara penyumbang mengapa undang-undang murtad tidak dapat dilaksanakan secara berkesan di negeri ini," katanya pada satu majlis di sini hari ini.

Mohamad Shukri yang juga Pengerusi Majlis Fatwa Ulama Negeri Kelantan diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Dewa
n Rakyat bahawa orang bukan Islam boleh didakwa berhubung isu penyebaran fahaman agama.

Mohamad Shukri, enakmen berkenaan antara lain menetapkan 30 perkataan termasuk "Allah" atau "Muhammad Rasulullah" tidak boleh digunakan oleh pihak tertentu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment