" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Tanah Runtuh : 2 Mayat Kanak2 Dikeluarkan




KAJANG: 21 Mei – Dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus lapor Berita Harian Online.

Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan. BHOnline

2 comments:

  1. TRAGEDI CUKUP MENYAYAT HATI..KEJADIAN YG TAK DI SANGKA2. ANAK2 TU TERKORBAN SYAHID. SEMOGA ROH MEREKA DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORG2 YG SOLEH DAN BERIMAN..AMINNNNNN

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah dan Takziah kepada mereka yang terlibat..

    ReplyDelete