" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Awang Adek dilantik Duta Besar Malaysia ke AS





Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat (AS) di Istana Negara di sini.


Menurut kenyataan Kementerian Luar, Awang Adek, 59, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memiliki Ijazah Sarjana Muda (Matematik dan Ekonomi) dari Drew University, AS.


Beliau turut memegang Ijazah Sarjana (Ekonomi) dan Doktor Falsafah (Ekonomi) dari University Pennsylvania, AS. - Utusan Online


 

No comments:

Post a Comment