Naib
Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob
ketika mendedahkan perkara itu berkata, bukti tersebut terkandung dalam
cakera padat (CD) rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat
yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November
lalu.
Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka terhadap CD tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan dia tidak langsung menyarankan supaya Pas dibatalkan pendaftarannya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.
''Ini kerana pada minit ke 6:07 dalam rakaman itu, Karpal jelas didengari menyebut, "operasi melibatkan agama, perkauman, adalah satu perkara yang sangat berbahaya dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama seperti kita. Saya (Karpal) rasa sudah tiba masanya untuk semua parti politik yang berasaskan agama dan kaum untuk dibatalkan pendaftarannya, termasuk walaupun Pas.
"Jadi, apa yang dikatakan Karpal sebelum ini adalah satu pembohongan," kata Raja Ahmad Iskandar dalam sidang akhbar di Pejabat Pas negeri di sini hari ini.
Pendedahan Ketua Pemuda Pas Perak itu adalah sebagai mengulas dakwaan Karpal bahawa beliau tidak menegeluarkan kenyataan tersebut.
Karpal turut menegaskan beliau tidak akan meminta maaf terhadap Pas meskipun kenyataannya itu dikritik beberapa pemimpin tertinggi parti itu.
Menurut Raja Ahmad Iskandar lagi, Karpal dalam rakaman itu juga didengari ketika menjawab pertanyaan media mengenai status Pas turut memberitahu bahawa apa yang dicadangkannya itu juga turut termasuk parti sekutunya itu.
Menurut Raja Ahmad Iskandar, pihaknya mengambil daya usaha untuk mendapatkan sendiri rakaman penuh sidang akhbar tersebut daripada pihak yang menghadirinya atas dasar tanggungjawab apabila melihat Karpal sendiri gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap media yang dikatakan telah mengada-adakan perkara tersebut.
Katanya, ia juga selaras dengan seruan Karpal sendiri yang mahu supaya kebenaran sesuatu fakta dipastikan terlebih dahulu sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan.
Sehubungan itu, Raja Ahmad Iskandar meminta kepemimpinan DAP mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang itu kerana tindakannya jelas merupakan satu pencabulan ke atas semangat setiakawan pakatan berkenaan.
"Kami juga memberi tempoh selama seminggu untuk Pengerusi DAP itu memohon maaf kerana menyeru supaya Pas dibatalkan pendaftarannya selain membohongi kami apabila tidak mengakui ada menyatakan perkara berkenaan.
'"Beliau juga perlu memohon maaf kerana menyifatkan tindakan para pemimpin Pas mengkritiknya sebagai perbuatan buruk dan tidak matang," katanya - UM
mohon guna pakai video di youtube.com/redmediamy terima kasih tuan
ReplyDelete