" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

YB KURANG SEGAR






Mudahnya nak jadi YB PAS ni bila tiapkali ada kelemahan. Kesian orang kampung. Tapi apa boleh buat, wala' kepada pemimpin la katakan...


Selain dari menyalahkan kerajaan lama yang memerintah, alasan lain yang puak2 YB PAS beri bila gagal menyediakan sesuatu kemudahan kepada rakyat ialah :

  1. Gagal sediakan air bersih - Nak air bersih ke nak aqidah bersih
  2. Gagal sediakan jalan elok - Nak jalan elok ke nak aqidah elok
  3. Gagal beri tempat sesuai kepada peniaga - Nak tempat molek ke nak aqidah molek




Kelantan : Akidah bersih atau air bersih ?
6:00 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM

5 Syawal 1431H.
Drs. Khalil Idham Lim.

Pengkhianat kepada rakyat Kelantan, bersuara lagi semalam. Kali ini dia mahu kelentong orang Kelantan dengan membangkitkan masalah air bersih yang didakwanya dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Kelantan akan dijadikan agenda utama dalam perjuangan Umno Kelantan membela nasib rakyat jika diberi peluang memerintah Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Awang Adek Hussin dalam kenyatananya dipetik dengan mengaitkan ini berpunca dengan kegagalan PAS mengatasi masalah itu walaupun diberi peluang memerintah selama 20 tahun di negeri itu.

Pesoalannya sekarang, adakah rakyat Kelantan benar-benar menghadapi masalah yang dihadapi sebagaimana yang didakwa tanpa bukti kononnya di mana-mana pun dia pergi sama ada di bandar dan di kampung ketika turun padang saya terpaksa menerima rintihan rakyat agar masalah itu.

Tambahan pula tawaran air bersih yang dikemukakan Awang Adek jauh lebih kecil nilainya dengan tawaran akidah bersih yang selama ini dikecapi oleh rakyat Kelantan selama 20 tahun PAS memerintah.

Jika rakyat memilih air bersih artinya dia menolak akidah bersih yang jauh lebih tinggi nilainya, dan saya fikir orang Kelantan tidak "sebodoh" Awang Adek dan UMNO.

Malah kita faham isu air bersih sengaja dimainkan oleh UMNO setelah dia sangat terdesak dan sudah kekeringan modal pada masa sekarang. Dalam perkara berkaitan UMNO pernah mengaitkan air kelantan yang memang keruh sepanjang tahun dengan kegagalan Kerajaan PAS kelantan, itupun mereka katakan air sungai kotor. Sedangkan isu sebenarnya ialah keruh. Keruh dengan Kotorpun tidak dapat bezakan.Realitinya sejak UMNO memerintah lagi seingat saya air sungai Kelantan sentiasa keruh.

Selain itu jika benarlah isu air tersebut, saya kira cara yang paling baik untuk menyelesaiakn kemelut itu ialah mengembalikan wang royalti yang menjadi hak rakyat dan Kerajaan Kelantan. Dengan jumlah wang yang mengarah kepada 2 billion runggit itu saya yakin masalah air dapat diselesaikan dengan segera. 




Bekalan air bersih adalah wajib disediakan oleh pemerintah, ia adalah kemudahan asas yang diperlukan oleh rakyat sebagaimana jalanraya, elektrik dan sebagainya. Kerajaan yang prihatin ialah kerajaan yang memahami masalah rakyatnya.



No comments:

Post a Comment