Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR: Satu 'flash mob' yang dilakukan oleh
sekumpukan aktivis pelajar bagi membantah kenaikan harga petrol akhirnya
dikejutkan dengan tindakan seorang wanita yang mula menanggalkan
pakaiannya berhampiran dengan kumpulan itu di Dataran Merdeka.
Ketika kumpulan berkenaan melakukan piket sewaktu hujan lebat di
sepanjang Jalan Parlimen pada pukul 5 petang Selasa, seorang wanita
berkepala botak, gempal memasuki ke dalam khalayak dan berada di
tengah-tengah jalan.
Wanita itu kemudiannya mula menanggalkan pakaian sehingga menampakkan
pakaian dalamnya dan menjerit kepada penunggang motosikal yang melalui
kawasan itu sehingga mengejutkan sekumpulan penunjuk perasaan.
Keadaan itu menyebabkan mereka meletakkan sepanduk sehingga wanita itu meninggalkan kawasan berkenaan.
Mereka kemudiannya mengadakan demonstrasi secara aman di Dataran Merdeka
dan dilaporkan bersurai secara aman pada kira-kira pukul 7 petang.
Demonstrasi itu dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
bahagian Wilayah Persekutuan, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaya (APBM)
dan Geng Kotak.
No comments:
Post a Comment