Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama,tok guru pondok,imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok,Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati),Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.Sehubungan itu,kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini.
Pengasas Pondok Geting,Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok
berkata,kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah
Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali,malah
demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama."Membiarkan
kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum.Maknanya kita
mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam,dalam pilihan
raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di
sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.Saya bercakap mempertahankan
kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab,kitab tafsir, kitab fekah
dan banyak lagi rujukan.Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk
tetapi mereka tuduh saya jahil. Kesemua kitab ini menyebut bahawa
kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain
untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam.Ia adalah kalimah suci
jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari
ini.
Menurut Abdullah,Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu
kepada Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong
hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama
Pas.
"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana
terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah
membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.
Sementara itu,Ahli Jawatankuasa Minda Pondok,Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff
al-Hafiz berkata,kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya
atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya
apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP.
"Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas
beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan
kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan
kerajaan Islam.Sebelum bertahaluf siyasi,perjuangan Pas adalah
menubuhkan negara Islam,ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama
Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan
berkebajikan,hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan
sesama Islam.Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam
Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya.
Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK),Mohd. Zawawi
Awang pula berkata,permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh
orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai
masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.Beliau
memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube
bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut
Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar
Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja."Gerakan ini
sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba
dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.Gerakan
ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi
bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti
lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya. - Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment