" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

KU SANGKA KERAS, RUPANYA LEMBIK







Dah nama parti tunggangan, nak buat apa pun terpaksa berpikir 2 - 3 kali. Tu yang jadi kluk klek tu. Kejap boleh, kejap tak boleh... huhuhu lamak hapa ??? Si Assmin tak setuju dengan Majlis Assyura pun diorang masih boleh counting lagi, cer dengan parti lain, pasti dicop murtad....


KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PKR atau DAP mempunyai hak untuk tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung larangan pengunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam dalam Bible versi Bahasa Melayu.
 
Ketika dihubungi Antarapos, Tuan Ibrahim berkata keputusan yang dicapai melalui Majlis Syura Ulama PAS itu diterima oleh pemimpin dan ahli parti.
 
"Dari sudut parti, Majlis Syura Ulama bukan untuk parti-parti lain...ia untuk PAS dan ahli PAS. Lagipun perkara yang kita tidak setuju adalah penterjemahan kalimah Allah ke bahasa lain.
 
"Kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan dalam mana-mana bahasa lain. Kalau nama orang tidak mengapa, sebagai contoh Azmin...kalau diterjemahkan ke bahasa lain maksudnya tetap sama.
 
"Dalam PAS kita menerima keputusan itu, mesti akur kepada Majlis Syura Ulama," katanya.
 
Pada Ahad lalu, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan yang 'nyata'.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.
 
Tambah Tuan Ibrahim, bagi PAS isu tersebut sudah selesai dan tidak perlu dipolemikkan lagi.
 
"Mengenai Azmin, itu pandangan dia...hak parti, macam isu hukum hudud DAP tidak setuju tapi PAS dan PKR setuju.
 
"Keputusan kita tak meliputi parti lain...soal PKR nak setuju terpulang, itu pendirian parti kita. Itu pendirian PAS," katanya.


1 comment:

  1. TUAN MAN CITA2 NAK JD EJEN JUAL AGAMA JUAL BIBLE TEPI JALAN BROO

    ReplyDelete