Sebelum ini, seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12.
Dalam pernyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri dan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, didapati gagal membayar elaun ibu tunggal RM100 seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selama 54 bulan bermula 1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012 kepada kesemua plaintif dengan jumlah keseluruhan RM10,908,000.
Kenapa nak disaman balik mereka ini, beri sajalah apa yang mereka pinta. Lagipun itu janji2 Pakatan sebelum ini dan mereka menuntut hak sebelum memberi undi pada 2008. Mana ada dalang ? Tindakan yang mereka lakukan ini adalah datang dari persatuan itu sendiri. Hanya Khalid Gagap yang beranggapan begitu.
No comments:
Post a Comment