Heboh sekarang di Palekbang kononnya
terdapat beberapa buah telaga lama dikatakan tinggalan British mempunyai harta
karun yang tidak ternilai harganya. Di dalam telaga berkenaan dikatakan
terdapat bahan2 sejarah/artifak seperti stadium bolasepak ala2 stadium Bukit
Merbau, lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai, Jambatan Palekbang – Kota Bharu dan
banyak lagi la sehingga tak mampu ambo nak tulis di sini.
Sekarang ini cerita2 tentang telaga
misteri berkenaan merebak dengan begitu cepatnya dari mulut ke mulut. “ Dulu,
Mek Za Lorong Minyak Gas guna laluan ni la dia berulang alik dari Palekbang Ke
Kota Bharu “ bagitau pakcik drebar bas ekspres.
Namun itu semua hanyalah mitos kerana
mustahil di dalam sebuah telaga terdapat lapangan terbang sebagaimana yang
didakwa. Misteri yang mengatakan telaga berkenaan mempunyai barangan berharga
terungkai apabila seorang pakcik dari Semat Jal memberitahu “ Itu bukan lubang ke terowong tetapi
telaga dan di bawahnya ada saluran air yang tembus ke Sungai Kelantan,” kata
Wan Jafar Wan Abdullah, 92.
Klik Sini
No comments:
Post a Comment