" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

PAS PENIPU BESAR - ALWI

 


Saudara sekalian, Melayu ialah satu-satunya bangsa di Malaysia yang diangkat oleh Islam, tetapi ada pula pemimpin yang mengatakan bahawa Melayu boleh meninggalkan agama. Parti yang satu lagi pula menuduh kita murtad.

Saya mengucapkan syahadah, darah saya tidak halal untuk dibunuh oleh orang Islam.

Sedarlah bahawa Islam bukan Pas! Tuan-tuan, mana mungkin kita boleh menolak Islam? Kita letakkan Islam sebagai agama negara. Sebab itu kita boleh bina segala-segalanya. Kita meletakkan Islam di tempat yang teratas dan kita juga tidak nafikan hak beragama kaum lain.

Selipar Jepun bukan Jepun, Siput Sarawak bukan Siput jadi Pas bukanlah agama Islam. Al Quran diturunkan dengan ayat-ayat yang jelas, tetapi ada juga yang samar-samar dan inilah yang digunakan oleh orang-orang yang berhati jahat dan mentakwilnya untuk dibuat fitnah.

Itulah yang menjadi punca perang Jamal seperti yang dikatakan Saudara Reezal tadi. Kita sedang bina tamaddun Islam dan BN menyatukan semua bangsa.

Mahu padi tanamlah padi, mahu gandum tanam gandum, mahu jagung tanam jagung. Cuba tanam semua sekali jadi atau tidak? Itulah yang dibuat oleh pembangkang campur semua tanpa sistem seperti yang kita (BN) buat.

Tidak elokkah apa yang pemimpin kita dahulu buat?

Kalau nak tengok UMNO Kelantan tengoklah Red Warrior.

Red Warrior adalah manifestasi UMNO Kelantan. Pas Kelantan tak bantu satu sen pun. Kerja dia (Pas) mengaku. Menang perlawanan dia yang paling cepat mengaku. Pasukan bola ini boleh jadi kuat kerana kita cari 'the best player at the time' kita bawa balik anak Kelantan dari luar. Kerajaan negeri tidak beri satu sen pun untuk bantu.

Kita pilih pemain terbaik untuk menang, samalah seperti yang Presiden mahu buat, mencari 'winnable candidate'. Kalau itu pun tak faham tidak usahlah berparti. Tidak kira siapa, asalkan dia yang terbaik pada ketika itu. Kalau tidak terpilih jadilah penyokong.

Kerajaan Kelantan tidak pandai memerintah negeri

Pemerintah mesti jaga semua yang ada di tempatnya, di Kelantan semua 'grazing area' diberi kepada orang. Di bawah Perbadanan Iktisad Negeri Kelantan tubuh sebuah syarikat, Damai. Lakukan acara pecah tanah dapat kawasan balak. Persoalan adakah ini mengikut prosuder dan diberikan kepada orang yang tepat?

Lot-lot yang diberikan itu dimiliki oleh beberapa pemimpin Pas.

Persoalan yang saya timbulkan ini tidak dijawab oleh Pas dalam sidang dewan.

Laporan Audit Negara turut menegur beberapa kepincangan pentadbiran kerajaan negeri. Bila saya tanya salah seorang ADUN mereka bangun dan kata ada kebocoran maklumat yang dianggapnya sebagai rahsia negeri. Saya beritahu dia itu ada dalam laporan Audit Negara.

Pas dari dahulu membohongi rakyat. Semuanya janji kosong.

Kerajaan Pas, sultan pun dia tipu. Masa nak rasmi jambatan yang masih tak siap lagi sejak 2005 itu mereka jemput sultan. Kerajaan Abu Nawas ini memang suka tipu rakyat.

Pas tuduh kita macam-macam, tapi lihat sahaja apa yang jadi di Kelantan. Insya-Allah Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed) boleh selesaikan hal ini. Beliau banyak jasa dan bayangkan jika dia jadi Menteri Besar, bayangkan kemajuan yang boleh beliau bawa.

Kesimpulannya ialah UMNO mesti membantu rakyat termiskin dahulu, pemimpin kena faham masalah rakyat baru rakyat akan kembali kepada kita. UMNO mesti kembali kepada rakyat seperti yang dikatakan oleh Presiden.
 


Sumber : Celah Gelegar

No comments:

Post a Comment