" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

HADI TAK LAYAK JADI PM - GUAN ENG





 
AIDCNews – 19/11/12 – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menegaskan beliau tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk menobatkan Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri (PM) jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13).


Menurut DAP, tiada individu lain selain Datuk Seri Anwar Ibrahim yang layak menjadi PM dan keputusan perwakilan PAS mencalonkan Abdul Hadi sebagai melanggar perjanjian yang pernah dibuat sebelum ini.


“Saya rasa Pakatan Rakyat telah membuat kata sepakat sebelum ini bahawa sekiranya Pakatan menang pada pilihan raya kali ini, bakal Perdana Menteri adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Setakat ini tidak ada permintaan atau perubahan dan pendirian DAP masih sama seperti dulu iaitu calon PM adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya ketika pemberita di lobi Parlimen tadi.


Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain pada Muktamar Tahunan PAS ke-58, 17 Nov. mengusulkan Abdul Hadi sebagai calon paling sesuai untuk menjadi PM ke-7. Pencalonan Abdul Hadi sekaligus menafikan pencalonan Anwar yang diusulkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam ceramah kepada para penyokong PAS di Kota Bharu pada malam 16 Nov.


 Gesaan DAP mencalonkan Anwar sebagai PM konsisten sejak dari awal Januari lalu, di mana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan PAS yang lebih layak selain Anwar kerana Ketua Pembangkang itu dianggapnya sebagai calon paling bersih.


 “Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya.



p/s - Hadi tak bersih !!!  ngeh3X


No comments:

Post a Comment