Cerita yang dipaparkan ini ditambahbaik dari blog bestoneoffour yang berlaku sekitar tahun 90 an. Ramai yang tidak mengetahui kebenaran dan baru kini cerita ini disiarkan.
Mustahil ini janda yang dimaksudkan
Setelah selesai bermain terup bersama rakan rakan, Anwar seperti biasa memandu pulang keseorangan. Dek hujan yang teramat lebat. beliau terpaksa memberhentikan keretanya di tepi jalan. Dalam kegelapan malam, Anwar ternampak sebuah rumah. Terdetik di hatinya untuk melewati rumah berkenaan lagipun itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.
Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa Anwar bermalam di rumahnya. Anwar ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
” Mahukah saudara ditemani ? ” soal janda tersebut dengan nada yang manja.
” Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! ” balas Anwar dengan hati yang melonjak-lonjak.
” Baguslah, ” kata janda itu pula.
” Di luar sana ada seorang lagi pemuda, namanya Sam Ketot. Dia juga hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, bolehlah tidur bersama saudara….. “
No comments:
Post a Comment