" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

J/K PEMANDU LANGKAH TEPAT - AZIZ BARI






Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Pemandu di Kedah sebagai langkah terbaik dan tepat.


Beliau yang juga pakar perlembagaan berkata, penubuhan itu juga tidak bertentangan dengan mana-mana peruntukan undang-undang termasuk di peringkat negeri.


"Bagi saya penubuhan jawatankuasa pemandu ini adalah yang terbaik diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat dan ia merupakan keputusan yang tepat.


"Malah ia tidak mempunyai apa-apa kesalahan dari sudut undang-undang sama ada diperingkat pusat mahupun negeri,"


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan PAS Pusat yang mahu menubuhkan Jawatankuasa Pemandu di Kedah sebagai badan penasihat kepada kerajaan negeri itu.


Menurut Abdul Aziz, dengan penubuhan itu juga secara langsung dapat menghasilkan sebuah pentadbiran kerajaan yang lebih baik.


Beliau turut menyatakan, Jawatankuasa Pemandu biasanya tidak bermaksud mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri malah jauh sekali ingin membuat keputusan.


Ia hanyalah sebagai bertindak sebagai pemantau sahaja bagi memastikan segala masalah yang timbul dalam pentadbiran negeri melibatkan anggota parti dapat diselesaikan.


Itu pandangan Aziz Bari yang mungkin nampak peluang PR mencampuri urusan pentadbiran, namun apa yang pasti... kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS, begitu lemah dalam hal urustadbir negeri, namun berhajat besar untuk ke Putra Jaya

No comments:

Post a Comment