Akhbar Kompas semalam memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya atas satu laporan disiarkan pada 4 Ogos lalu yang berunsur fitnah.
Permohonan maaf itu adalah berkaitan dengan tulisan mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan sebuah syarikat perniagaan, yang dinafikan kebena-rannya serta cincin berlian berharga ASD24 juta, yang sebenarnya tidak pernah dipesan Rosmah.
Permohonan maaf itu juga merujuk kepada laporan tentang bakal besan Perdana Menteri yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan dengan mafia Rusia.
“Menerusi berita itu, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan keluarga,” kata Rikard dalam Kompas Minggu, semalam.
Permohonan maaf itu terkandung di perenggan 10, muka surat 10 akhbar tersebut dalam satu laporan bertajuk ‘PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia’, tulisan Wartawan Kanan Kompas, Jimmy S Harianto.
Harianto yang dihubungi Jumaat lepas berkata, beliau sendiri telah menyampaikan permohonan maaf secara lisan kepada Najib apabila beliau bertemu dengan Perdana Menteri di Kementerian Kewangan, Putrajaya pada Khamis lalu.
Semasa pertemuan itu Najib telah menyatakan rasa terperanjat dengan laporan Kompas pada 4 Ogos itu.
“Saya terperanjat dengan laporan tersebut. Sebab faktanya, saya tahu itu tidak benar sama sekali,” Najib dipetik akhbar itu dalam tulisan Harianto semalam.
“Apa lagi hal ini berkaitan nama Ketua Kerajaan negara jiran, yang mana hubungan kita amat penting sekali,” kata Najib. - Bernama
- Sikap berdiam diri KDN dan berharap lambat laun kebenaran akan terbongkar dalam menangani isu2 fitnah pembangkang amat dikesali. Cegahlah sebelum parah, sudah berapa ramai yang dah termakan hasutan fitnah ini sehingga ke negara jiran.
No comments:
Post a Comment