" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Luluh Berkecai Harapan Orang Tua Terhadap Anaknya Gara-Gara BERSIH 2.0






Setiap ibu bapa pastinya mahukan masa depan yang cemerlang untuk anak-anak mereka. Oleh itu, ilmu pengetahuan adalah jaminan yang kukuh untuk menghadapi hari muka, sedang harta semata akan berkurangan.

Luluhnya harapan mereka, tatkala gemilang yang diharapkan sewaktu menghantar permata hatinya mendaftar di gerbang menara gading, berakhir dengan episod duka; dibuang dari universiti, gara-gara terbabit dengan Bersih 2.0!

Seharusnya ibu bapa peka, bahawa setiap pelajar universiti dilarang terbabit dalam segala bentuk pergerakan politik dan demonstrasi, seperti mana yang termaktub di dalam AUKU. Suka atau tidak, itulah peraturannya. Ambil perumpamaan mudah, sekiranya lampu merah, si pemandu yang tidak memberhentikan kenderaannya tetap bersalah, walaupun pada ketika itu, tiada sebarang kenderaan dari simpang yang lain!

Bukanlah sukar untuk menahan gelora ingin berpolitik, kerana proses pembelajaran hanya memakan masa 4-5 tahun, sebelum bergelar lepasan universiti, dan diperakui sah untuk terlibat di dalam mana-mana parti politik. Sekalipun ingin menjadi “hero”, tunggulah masa yang sesuai, kerana masa depan lebih penting.

Melihat apa yang berlaku terhadap pelajar-pelajar kita di Mesir, cukup mendukacitakan. Apakah sukar untuk mengikut arahan kerajaan, yang telah membantu dikala nyawa di hujung tanduk ketika Mesir dilanda huru hara? Hilangkah sudah adat kita orang timur, yang terkenal dengan sifat bersyukur dan berterima kasih? Itu belum diambil kira bantuan kewangan yang disalurkan untuk pembiayaan mereka di sana.

Benar, hak untuk menentukan pendirian politik adalah milik peribadi. Kerajaan sekalipun, tidak berhak menentukan hala tuju politik pelajar-pelajar ini, walaupun secara jelas mengharapkan agar mereka menyokong dasar-dasar kerajaan dan sekaligus menyumbang kepada kesejahteraan negara.

Akhirnya, ia kembali kepada pelajar tersebut, tiada paksaan kerana Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi dalam memilih siapakah yang berhak untuk memerintah bumi bertuah ini.

Namun, ada juga segelintir ibubapa yang menyokong apa yang dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut, tanpa menyedari risiko yang dihadapi. Mgkin ibu bapa tersebut telah melupakan kerisauan yang teramat menghantui, gara-gara memikirkan perbelanjaan anak mereka yang akhirnya dibantu oleh kerajaan.

Mungkin juga pelajar-pelajar ini merasakan apa yang mereka buat adalah betul, sedang ada menteri yang berkenaan pula dilihat seolah-oleh menyokong mereka, dengan ideologi “politik baru” yang dipuja-pujanya. Malang sungguh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak!

Apa yang dipinta oleh kerajaan hanyalah jangan terlibat dengan sebarang pergerakan politik, sementara bergelar “pelajar”. Rumit sangatkah untuk patuh? Melampaukah permintaan ini? - SELANGORDAILY

No comments:

Post a Comment