" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

LELAKI TIKAM BEKAS ISTERI SERAH DIRI



KOTA BHARU: Seorang lelaki yang dipercayai menikam bekas isterinya sehingga cedera parah di tingkat bawah ruang meletak kereta sebuah pasar raya bulan lalu, hari ini menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman, berkata suspek yang berumur 28 tahun itu hadir ke balai polis bersendirian kira-kira jam 3 petang.
"Kami sudah ambil keterangan daripada suspek dan dia akan direman untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian bulan lalu, seorang wanita berumur 27 tahun ditikam bertubi-tubi di tingkat bawah ruang meletak kereta sebuah pasar raya di Jalan Sultan Yahya Petra di sini.

Wanita itu mengalami kecederaan serius akibat ditikam dengan sebilah gunting di kepala, leher serta dikelar di bahagian muka, dan beberapa media melaporkan ia dipercayai dilakukan oleh bekas suami wanita itu.

Azham berkata kes sedang disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan cedera parah dengan senjata dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebatan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment