" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

" SNAP TERUS BERDEGIL " - TIAN CHUA



Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini melahirkan rasa kecewa terhadap Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), yang terus berkeras akan bertanding tidak kurang daripada 27 kerusi pilihan mereka, sehingga menyebabkan rundingan menemui jalan buntu.

Naib Presiden PKR Tian Chua berkata "kami dengan rasa kesal yang amat sangat usaha kami untuk mencapai pakatan pilihan raya dengan SNAP bagi menghadapi pilihan raya negeri terus dikecewakan".

"Di sebalik usaha kami untuk mencapai kompromi, ia kelihatan SNAP tidak mahu mengadakan satu barisan padu bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Presiden SNAP Edwin Dundang apabila mengumumkan calon parti itu mengkritik PKR ekoran sikap tidak acuhnya dalam pengagihan kerusi dan mendakwa ia semakin ketara menyebabkan PKR tidak mahu mengadakan pakatan pilihan raya dengan SNAP.

Tian Chua, bagaimanapun mendakwa usaha PKR untuk mengadakan secara positif menerusi rundingan pengagihan kerusi, "SNAP pula terus bersikap degil."

Tian Chua berkata tuduhan SNAP bahawa PKR bertindak berlengah-lengah dalam rundingan pengagihan kerusi adalah tidak benar dan bertujuan mengelirukan orang ramai.

Hari penamaan calon ditetapkan pada Rabu dan hari pengundian 16 April.- BERNAMA

- APALAH KORANG NI SNAP, CER LIHAT PARTI PAS, ORANG BAGI 5 KERUSI PUN, 5 KERUSI LAA... KAH 3X

No comments:

Post a Comment