" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

2600 KONTRAKTOR BUMIPUTERA DAIF


Seramai 2,600 kontraktor bumiputera Kelas E dan F dikatakan berada dalam keadaan ‘hidup segan mati tak mahu’ akibat kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menyediakan projek pembangunan kepada mereka.

Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan (PKMMNK), Datuk Mohd. Rosdi Abdul Aziz berkata, ketiadaan dan kesukaran mendapatkan projek sejak Pas memerintah lebih 20 tahun lalu, turut menyebabkan 1,500 kontraktor kecil bumiputera di negeri ini terpaksa gulung tikar.

Beliau berkata, sebelum pentadbiran kerajaan negeri diambil alih oleh Pas, terdapat kira-kira 4,000 kontraktor bumiputera Kelas E dan F yang berdaftar dengan persatuan itu.

“Bagaimanapun, bilangan mereka berkurangan kepada 3,150 dan daripada jumlah itu, kini kira-kira 1,500 telah gulung tikar dan 2,600 lagi dalam keadaan daif sehingga terpaksa mengubah kerjaya masing-masing.

“Ada yang bawa kereta sewa, ada yang berkebun, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya kerana tak boleh cari makan dengan kerja kontrak sebab kerajaan negeri tidak menjana banyak projek pembangunan.

“Sejak 20 tahun lalu, boleh dikatakan hanya sebilangan kecil kontraktor di Kelantan dapat meneruskan hidup melalui kerja-kerja kontrak menerusi projek kecil luar bandar yang diperuntukkan oleh agensi-agensi kerajaan Persekutuan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini

Mohd. Rosdi tidak menafikan, terdapat peluang pembangunan yang besar di negeri ini, tetapi akibat tiada inisiatif oleh Kerajaan Pas Kelantan, projek tersebut terus membeku.

Beliau sehubungan itu berharap, kerajaan Pas Kelantan dapat merangka satu pelan atau kaedah bagi membela nasib kontraktor kecil bumiputera di negeri ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau mencadangkan supaya agensi kerajaan Persekutuan melaksanakan sistem cabutan undi menggantikan kaedah sebutan harga atau tender terbuka bagi projek-projek kecil dalam usaha membantu kontraktor terbabit.

“Cara ini dilihat lebih adil untuk kontraktor Kelas E dan F. Ada kesamarataan dalam pemberian projek. Maksudnya semua akan dapat dan ini berbeza dengan cara sebut harga atau tender terbuka,” katanya. Utusan

- SENSA TIMUR TERSENYUM JER...

No comments:

Post a Comment