" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

PENTADBIRAN PAS MASIH PINCANG - MUSTAPA MOHAMED




Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menempelak kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mendakwa kononnya pentadbiran Pas Kelantan bebas daripada gejala penyelewengan termasuk rasuah.

Mustapa berkata, walaupun kerajaan Pas Kelantan mendakwa mengamalkan pentadbiran Islam, tetapi masih wujud kepincangan dalam pelbagai projek yang dilaksanakan seperti Ladang Rakyat, Bazar Tok Guru dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (MPKB).

"Kenyataan Nik Abdul Aziz kononnya, Kelantan bersih daripada segala-galanya termasuk rasuah dan penyelewengan adalah tidak betul dan saya amat tidak bersetuju kononnya Kerajaan Persekutuan yang kotor dan tidak betul," katanya selepas merasmikan Dialog Kesihatan Kelantan di Bahagian Teknologi Pendidikan, Pengkalan Chepa di sini, hari ini. - utusan

No comments:

Post a Comment