" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

PENGHORMATAN TERAKHIR....




Beginikah caranya rakyat Miri membalas Jasa?

16 April,Dewan Sivik Miri, Dun N64 Dato Patinggi Tan Sri George Chan wajar di puji atas sikapnya yang "gentleman" untuk hadir di majlis pengumuman malam ini walaupun tahu beliau sudah tewas kepada calon dari DAP.

Selepas pengumuman keputusan pemenang,beliau terus mengucapkan tahniah kepada lawannya yang lebih muda. Apa yang mengecewakan kita ialah sikap penyokong penyokong pembangkang yang mengejek serta mem "booo" beliau seolah olah beliau seperti sampah dan bukanlah seorang Adun yang bertanggungjawab membawa Miri sebagai Bandaraya. Dalam menahan sebak dan kesedihan kami melihat beliau jalan ke kereta di temani rakan seperjuangan.

Melihat dari riak mata dan perwatakannya tadi, mungkin beliau mengharapkan cuma ucapan terima kasih dari hadirin atau pun sebaris Terima Kasih dari lawannya yang muda, lantas beliau menghadirkan juga diri ke majlis pengumuman ini yang lazimnya tidak di hadiri oleh pihak yang kalah.

Adakah sikap seperti ini cuba di bawakan ke Miri oleh parti pembangkang? Apakah perpecahan demi perpecahan akan lebih berlaku di Miri?

Sumber : Live From Sarawak

- TAK PE LA DATO CUBA LAGI. JARUM2 DARI PKR DAN PAS SEMENANJUNG SEMEMANGNYA CUKUP HEBAT DAN BERBAHAYA KEPADA PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

No comments:

Post a Comment