" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

KES LIWAT : ANWAR TERLEPAS ?



Pesalah di Malaysia kini boleh lepas dengan enggan bekerjasama dengan polis?

Amat mengejutkan bila hakim menolak untuk menggunakan sampel DNA Anwar yang diambil dari lokap sedangkan mahkamah seluruh dunia menerima sampel yang diambil secara tidak sah dalam kes di mana tertuduh enggan bekerjasama.

Kita pasti, penyokong tegar Anwar sendiri kecewa dengan keputusan hakim kerana mereka juga ingin sekali mencari kebenaran secara sah.

Hanya mereka yang sedia maklum bahawa Anwar bersalah sahaja yang akan merasa lega dengan penolakan penggunaan sampel tersebut oleh hakim.

Semua tertanya-tanya kini bagaimana lagi caranya untuk membuktikan kebenaran jika pihak yang didakwa enggan bekerjasama memberi sampel DNAnya dan sampel yang diambil tanpa kebenaran pula ditolak mentah-mentah?

Benar, kita tidak berhak menyatakan siapa salah dan siapa benar selagi mahkamah tidak membuat keputusan. Tetapi bagaimana keputusan boleh dibuat jika bukti penting tidak boleh diguna dan tidak pula boleh diperolehi secara rela dari Anwar?

Atau apakah kebenaran tidak penting lagi kerana yang terlibat itu adalah manusia yang berpengaruh?

Ramai yang mula bertanya, benarkah mahkamah Malaysia adalah mahkamah kangaroo kerana setelah membiarkan pihak pembela menunda kes lebih 50 kali atas alasan dangkal dan tidak masuk akal, kini sample DNA yang diambil atas usaha mencari kebenaran pula ditolak?

Tinggal satu cara sahaja lagi bagi membuktikan siapa yang bersalah dan siapa yang benar iaitu dengan memerintahkan Anwar memberikan sampel DNAnya secara rela, diuji segera dengan disaksikan oleh kedua-dua belah pihak pendakwa dan peguambela sehinggalah keputusannya didapati.

Ini penting bagi menjamin tiada unsur-unsur penipuan atau manipulasi memandangkan rakyat Malaysia telah lama merasa dipermainkan oleh undang-undang yang semakin lama semakin kelihatan seolah-olah berat sebelah terhadap Anwar.

Mahkamah wajib memerintahkan Anwar menyerahkan sampel DNAnya bagi mencari keadilan. Kegagalan mahkamah berbuat demikian akan dinilai sebagai perbuatan subahat yang sengaja menghalang proses keadilan.

Di mata umum, keengganan Anwar menyerahkan sampel DNAnya adalah bukti kukuh yang dia bersalah. Namun, pandangan umum ini tetap tidak mampu membawa keadilan terhadap mangsa, iaitu Saiful.

Saiful telah meletakkan sepenuh kepercayaannya terhadap undang-undang Malaysia namun, nampaknya dia mungkin kecewa apabila ternyata Anwar mungkin selamat hanya kerana enggan bekerjasama.

Maka, apakah jaminan bagi seluruh rakyat Malaysia untuk mendapat keadilan andainya pesalah enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memberikan sampel DNA bagi pengesahan bukti?

Bukan kita hendak mempersoalkan kredibiliti mahkamah tetapi kita tertanya-tanya bagaimana nasib mangsa rogol jika tiada saksi manakala perogol pula enggan memberikan sampel DNAnya kepada polis? Sedangkan bukti DNA adalah bukti yang paling kukuh dalam kes seperti ini.

Bagaimana jika mangsa rogol itu merupakan kaum kerabat atau sanak saudara para pengamal undang-undang itu sendiri? Apakah perogol tersebut juga akan dibiarkan terlepas hanya kerana enggan bekerjasama? Atau apakah ada ‘double atau triple standard’ pula antara kes-kes yang melibatkan keluarga mereka sendiri, rakyat biasa dan orang berpengaruh?

Hakim atau peguam manakah yang boleh menjawab soalan rakyat yang musykil ini?

Oleh: Fareed Dawood - Malaysia Instinct

No comments:

Post a Comment