Polis
sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca
kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri
Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.
“Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri),” kata Hishammuddin.
Namun,
ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana
daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut
mempunyai masalah peribadi.
“Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini,” kata Hishammuddin.
Turut
didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah
dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder
dimatikan dekat Igari.
Ketua
Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata
penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu
tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.
Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.
Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.
Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.
MAS
turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk
juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan
prosedur pengambilan kakitangannya. mstar
No comments:
Post a Comment