Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali
hairan kenapa Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengaitkan namanya apabila
mengulas desakan Ketua Wira Perkasa supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Katanya, beliau sepatutnya
menghentam Irwan Fahmi Ideris dan bukan menghinanya yang kalah dalam
pilihanraya umum lalu. Menurut Ibrahim, kenyataan Irwan
bukan pandangan Perkasa kerana beliau menulis dalam blog peribadinya.
“Ia tidak kena mengena dengan
Perkasa. Oleh itu kenapa Khairy serang saya dan menghina saya yang kalah dalam
pilihanraya?” soalnya ketika mengulas kenyataan Khairy yang mengatakan
“Presiden anda pun sudah kalah dalam pilihanraya lepas perasan nak minta
Perdana Menteri letak jawatan”.
Khairy hari ini mengulas desakan
Irwan yang menulis dalam entri blognya “Sudah Cukup Segalanya Digadai,
Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan.”
yang menulis kepimpinan Najib terbukti gagal apabila tidak mendapat sokongan
majoriti rakyat semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu.
Khairy berkata, Irwan Fahmi langsung
tidak berhak mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kapasitinya yang hanya
ketua sayap kepada satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya parti politik.
“Saya rasa dia patut letak jawatan
dulu. Siapa dia nak minta Perdana Menteri letak jawatan? “Dia bukan Ketua Pemuda Umno. Dia
Pemuda Perkasa…Perkasa ada apa,” soalnya di majlis hari raya anjuran
Kementerian Belia dan Sukan.
Ibrahim menambah beliau kalah di
Pasir Mas kerana beliau bukan menantu bekas Perdana Menteri.
“Saya orang kampung, tiada duit dan
tiada jentera. Sebaliknya beliau menang jadi Ketua Pemuda dan pilihanraya di
Rembau kerana beliau menantu bekas Perdana Menteri,“ katanya.
Namun demikian beliau mengucapkan
terima kasih kepada Khairy kerana melalui kenyataanya itu jelas menunjukkan
bahawa beliau adalah seorang yang emosional sedangkan selama ini beliau
disanjung kerana dikatakan orang yang bijak dan berilmu.
Ibrahim kesal kenapa Khairy kaitkan
namanya sedangkan sewaktu beliau susah, beliau meminta tolongnya.
“Sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyamannya, beliau minta saya jadi saksi. Saya sanggup jadi saksi tiba-tiba
beliau selesaikan kes itu dengan Anwar di luar mahkamah. Manusia jenis apa ni?
Masa susah cari saya, bila senang hina saya?” katanya lagi.
Beliau berkata Khairy jangan angkuh
selepas dilantik menteri kerana dia menang Ketua Pemuda pun disebabkan dia
menantu Perdana Menteri.
“Saya orang kampung naik sendiri
dalam politik jadi Ketua Pemuda Bahagian, Ketua Bahagian, Exco Pemuda Umno dan
Ahli Majlis Tertinggi Umno tetapi dia naik kerana menantu bekas Perdana Menteri
ketika itu,” jelasnya.
Beliau kesal kerana beliau tidak
kahwin dengan anak Perdana Menteri ketika mula-mula bergiat dalam politik
dahulu.
Mengulas kenyataan Khairy Perkasa
ada apa, Ibrahim berkata , “Perkasa hanya ada tahi gigi dan tahi telinga sahaja
berbanding dengan Khairy yang ada macam macam (kaya raya) selepas jadi menantu
Perdana Menteri”.
No comments:
Post a Comment