" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

NIK ABDUH TERLIBAT TAMBAH LESEN ARAK DI KELANTAN ?








Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan (Utusan Malaysia,26 November 1994). "PAS mengaku meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak mencegah masyarakat bukan Islam menikmatinya"









Ini di akui sendiri oleh anak manja nya Nik Abduh dalam laman blog beliau :




“Selepas lebih 10 tahun perlaksanaan berjalan, masyarakat bukan Islam telah memohon supaya ditambah bilangan premis mereka yang dibenarkan menjual arak kerana bertambahnya kependudukan masyarakat bukan Islam terutama di bandar Kota bharu. Kerajaan telah menyemak balik dan akhirnya meluluskan penambahan koata selepas perundingan yang agak memakan masa kerana ketelitian termasuk soal – soal penyalah gunaan yang dilaporkan oleh pihak berkuasa tempatan.” – Nik Abduh - Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) - Bekas




Ini merupakan satu bukti nyata kegagalan PAS dalam menunaikan janji-janji sewaktu hebat berkempen pada PRU yang lalu.  Sebelum ayam berkokok, pintu pagar kilang Carlsberg akan di kunci dan di mangga.  Itulah “ayat hebat” yang berjaya membuat ramai khalayak terpegun dan syiar Islam pasti akan dikibarkan oleh PAS Kelantan.





Sudah2 lah kita mendengar janji2 manis yang ditaburkan oleh PAS, semuanya hanya palsu belako. Lihat saja berpuluh2 batu asas yang didirikan, semuanya melambangkan mungkir janji mereka untuk membantu rakyat dan Islam.




Tinggalkan Kerajaan Mat Jenin PAS, kita beralih pula kepada kerajaan yang mana setiap janjinya pasti ditepati.









No comments:

Post a Comment