Itu nasib menimpa seorang pelakon Cina yang baru setahun berjinak di dalam dunia lakonan, tetapi terjerat ‘permainan’ seorang pengarah lelaki berusia 38 tahun yang menjadikannya mangsa ugutan serta gangguan seksual.
Mendedahkan perkara itu, Carmen yang juga pelakon utama drama Kampung
Simpang Burung berkata, dia mengenali pengarah itu pada April tahun lalu selepas diperkenalkan rakan.
“Pada awal perkenalan, lelaki itu menunjukkan sikap baik sebelum menawarkan beberapa lakonan. Sehinggalah pada Jun, saya dilantik sebagai pembantu peribadi kepada produksi miliknya,” katanya.
Kata Carmen, selepas hubungan mereka bertambah erat terutama hal
kerja, pengarah itu beranggapan dia teman wanitanya dan melakukan
gangguan seksual apabila meraba anggota badannya.
“Kerana menolaknya, saya ditampar dan dipukul Julai tahun lalu. Saya berbuat demikian kerana saya tahu dia sudah beristeri,” katanya.
IF LISTEN TO UNNECESSARY NEWS PEOPLE WILL GET REALLY PANIC. FOLLOW THE @PDRMsia TIMELINE ABOUT THIS
Published with Blogger-droid v2.0.10
No comments:
Post a Comment