Pasukan keselamatan telah melancarkan tindakan 'offensive' terhadap kumpulan pengganas yang bertapak di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada jam 7.00 pagi tadi. Operasi ini dilaksanakan oleh PDRM bersama pihak ATM.
Sejak operasi ini dimulakan sehingga kini, masih
terdapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan
oleh pihak musuh. Ketika ini 'mopping
up' dan penggeledahan sedang dijalankan. Bagaimanapun, jumlah kematian
dan kecederaan di pihak musuh masih belum dapat disahkan dan setakat ini
tidak ada kemalangan di pihak pasukan keselamatan.
Oleh itu
semua pihak dinasihatkan agar tidak membuat andaian atau spekulasi
tentang sebarang kehilangan nyawa memandangkan operasi ini masih lagi
berjalan. Berita-berita yang tidak tepat boleh menjejaskan operasi ini.
Orang ramai tidak perlu bimbang kerana operasi ini hanya dilancarkan di
Kampung Tanduo sahaja. Oleh itu orang ramai dinasihatkan supaya tidak
masuk ke kawasan operasi dan seterusnya menerima arahan dan mematuhi
nasihat pihak polis yang bertugas di sekatan jalanraya yang menghala ke
Kampung Tanduo.
No comments:
Post a Comment