" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

KARPAL BERDEHEM SIKIT JER....

 
 
 Kelantan Tangguh Penguatkuasaan Syarat Lesen Kedai Gunting Bukan Islam

 
 
 
 
Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan 


Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan. Katanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.


"Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cinanegeri ini minggu lepas," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebutdi Kota Darulnaim di sini, Rabu.


Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.


Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilikkedai gunting menghadapi perkara sama. Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.


Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu adakaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiaptindakan ada kaitan dengan pilihan raya. Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang menyambut baik keputusan itu berharap di masa depan, kerajaan negeri pimpinan PAS itu lebih sensitif terhadap hak perlembagaan daripada segi cara hidup kalangan orang bukan Islam di negeri itu.


Beliau bagaimanapun berkata penangguhan penguatkuasaan undang-undang kecil itu tidak memadai. "Kerajaan negeri Kelantan perlu berusaha untuk meminda undang-undang kecil itu untuk menyediakan peruntukan yang ia tidak terpakai kepada orang bukan Islam," katanya dalam kenyataan. BERNAMA

No comments:

Post a Comment