" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

ANAK Luar Nikah






Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) mengesahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), yang aktif sejak 2007, sebagai sebuah pertubuhan "tidak sah" kerana tidak pernah didaftarkan dengan agensi itu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, rekod pihaknya menunjukkan Anak tidak pernah berada dalam senarai pertubuhan yang sah di Malaysia.

Status itu timbul ketika isu kedudukan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menjadi topik pertikaian.

"Mengikut semakan dalam sistem kami mendapati, tiada rekod pendaftaran bagi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), jadi pertubuhan ini memang merupakan pertubuhan tidak sah," kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan mendedahkan yang Anak merupakan sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.

Anak diketuai oleh Mazlan Aliman selaku presidennya.

Mazlan berkata: "Ahmad Maslan hanya menggunakan isu basi ini sejak Anak ditubuhkan lagi.

"Jadi marilah kita berdebat atau sekurang-kurangnya berdialog supaya saya boleh mendedahkan status sebenar Anak dan beliau juga boleh dedahkan berapa banyak pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah Felda.

"Saya tidak mahu komen lebih mengenai status Anak, tetapi mahu memberi amaran kepada Ahmad Maslan jika mahu menuduh saya, sila muhasabah diri terlebih dahulu," katanya.

Dua tahun lalu, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) pernah mendakwa Anak pertubuhan tidak berdaftar dan cuba memecah-belahkan keharmonian warga Felda.

Anak merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda.

Tambah Abdul Rahman, Anak tidak pernah berdaftar dengan mereka dan berdasarkan semakan, sebaliknya hanya ada tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda.

Katanya, rekod RoS menunjukkan hanya terdapat tiga pertubuhan yang masih aktif menggunakan nama Felda iaitu Pertubuhan Anak-anak Peneroka Felda Luar Negara Malaysia,  Pertubuhan Wawasan Aspirasi Kemajuan Anak Peneroka Felda Lubok Merbau Pendang Kedah dan Persatuan Anak Perempuan Peneroka Rancangan Felda Semencu Kota Tinggi Johor.

Menurut beliau, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada Anak bagi mendaftar pertubuhan mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

"Kita ada cara sendiri untuk mendaftar sesebuah pertubuhan, jika tidak tersenarai, kita akan anggap pertubuhan itu tidak sah," katanya.

Sebelum ini, banyak tohmahan dinyatakan oleh Mazlan menggunakan nama Anak seperti dalam Harakah pada 10 September lalu bertajuk "400 juta unit saham FGVH dimiliki Genting".


No comments:

Post a Comment