Cik Hasnah dan suami
Tentu kita masih ingat kisah isteri diceraikan akibat menghadiri ceramah oleh Hassan Ali sedikit masa lalu di Kelantan.
Walaupun talak terletak di tangan suami, namun itu bukanlah penyelesaian.
DI bawah dipetik beberapa penjelasan dari si isteri selepas diceraikan.
Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua bahawa politik PAS itu hanyalah membawa kehancuran.
1. Bagaimana perasaan ketika itu?
Tidak rasa apa-apa. Dia selalu anggap parti dia lebih Islam dan menjamin syurga. Tetapi pada saya tidak. Kalau amalan baik, parti mana-mana pun Tuhan akan tilik hati kita, kalau baik bolehlah masuk syurga itu pun dengan rahmat Allah.
2. Sepanjang 14 tahun, macam mana pegangan bekas suami terhadap partinya ?
Kuat, kalau sembahyang orang BN dia tak ikut. Sebelum nikah, orang BN meninggal dunia dia tak pergi, lepas bernikah saya kata tak boleh, sekampung kena pergi.
3. Kalau pergi ke program UMNO, bekas suami ada ikut sama ?
Dia tak pergi, tetapi dia tak larang saya hadir program itu.
4. Macam mana boleh timbul mahu bercerai ?
Cerai kerana saya tak ikut parti dia, mungkin kerana dia kena hasut.
5. Bekas suami kata sedia rujuk semula dengan bersyarat ?
Saya tak mahu rujuk, elok seorang sahaja sekarang. Dia hendak beri syarat supaya saya ikut parti dia, saya tak mahu. Saya tak mahu masalah berulang lagi. UMNO pejuang Islam sebenar, yang tolong dan bela orang Melayu.
6. Bekas suami selalu ke ceramah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ?
Ya, sebab itulah jadi macam itu, tak tahu apa yang Nik Abdul Aziz beritahu.
7. Apa perancangan selepas ini ?
Tak ada apa, mengajar al-Quran sahaja, mula pukul 3 petang, berhenti solat Asar dan sambung lagi sampai pukul 7 petang.
8. Sedih dengan apa yang berlaku ?
Sedih kerana ia berlaku disebabkan parti. Masalah ini berlaku bukan kerana apa, tetapi kerana parti. Dasar Islam apa dalam Pas, saya pun tak tahu. Masalah ini tidak akan berlaku dalam UMNO kerana UMNO satukan orang Melayu. Saya terkilan kerana dia tak sedar-sedar dan tetap menganggap hanya partinya yang Islam.
No comments:
Post a Comment