" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Aidilfitri suram tanpa bekalan air







Lebih 30 keluarga di Kampung Bakong Dalam di sini, berdepan masalah air yang berlarutan sejak empat tahun lalu, bagaimanapun masalah ini menjadi kritikal bermula sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Ketiadaan keperluan asas ini di saat umat Islam menyambut Aidilfitri, menyebabkan penduduk terpaksa memunggah air di rumah keluarga dan jiran untuk memasak serta kegunaan harian lain.
Pertambahan bilangan ahli keluarga yang pulang menyambut Aidilfitri menyebabkan keperluan bekalan air di setiap rumah juga meningkat.


Sukar untuk masak hidangan raya

Masalah ini juga menyebabkan perancangan setiap keluarga di sini, untuk memasak pelbagai masakan sebagai hidangan sempena Aidilfitri terbantut. Kesannya sambutan Aidilfitri diraikan dalam keadaan serba kekurangan dan kurang ceria.

Masa yang sepatutnya digunakan untuk meraikan tetamu yang hadir, banyak digunakan untuk mencari air bagi keperluan harian. Anak-anak yang pulang ke kampung ini bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga tersayang begitu merasai kesannya, kerana balik dengan satu harapan dapat menyambut hari yang mulia ini dengan penuh keceriaan.


Kecewa sambutan Aidilfitri hambar

Bagi seorang perantau dikenali Ahmad, 30, yang menetap di Kuala Lumpur berkata, dia kecewa kerana sambutan Aidilfitri tahun ini hambar berikutan masalah ketiadaan bekalan air.

Menurutnya, dia terpaksa memunggah air dari rumah abangnya di Banggol Che Dol dengan pacuan empat roda untuk dipenuhkan ke dalam besin dan tong besar untuk kemudahan 15 ahli keluarganya.

“Masalah ini sudah berlarutan sejak empat tahun lalu tetapi bertambah serius sejak Aidilfitri baru-baru ini, menyebabkan saya melaporkan masalah ini kepada pihak bertanggungjawab di Pasir Mas. kali pertama laporan dibuat pada 21 Ogos secara dalam talian, dan keesokannya saya menghubungi talian bebas tol untuk laporan kali keduanya,” katanya.

Pendidik ini berkata, dia turut menghubungi pengurusan di Pasir Mas, dan berjanji akan mengambil tindakan di atas permasalahan yang dihadapi. Menurutnya, dia tidak dimaklumkan bila masalah tersebut akan cuba diatasi pihak terbabit.

“Tengah hari sama saya membuat bayaran bil dan turut membuat laporan berhubung masalah ini,” katanya.


Terpaksa punggah air

Ahmad berkata, dalam sehari dia dan adik-beradiknya terpaksa memunggah air bagi memenuhi tiga tangki besar yang mampu mengisi 150 gelen air. Menurutnya, setelah cuti berakhir dia terpaksa kembali memulakan tugas, dan risau untuk meninggalkan kedua ibu bapanya yang mempunyai masalah kesihatan serta uzur tanpa keperluan air seperti sekarang.

“Sekarang anak-anak yang punggah air, selepas ini saya tidak tahu macam mana kedua ibu bapa yang uzur dapat menjalani kehidupan mereka, kerana sudah tidak mempunyai tenaga untuk memunggah air,” katanya.


Terpaksa guna air telaga

Sementara itu, Abdullah, 58, berkata, ibunya terpaksa menggunakan telaga kerana ketiadaan air. Menurutnya, dia pulang ke rumah ibu bapanya di sini Aidilfitri lalu, dan mendapati masalah air masih di takuk lama.

Bagi mengetahui masalah dihadapi di sini sehingga menyebabkan penduduk berdepan masalah ketiadaan air, Sinar Harian menghubungi Air Kelantan Sdn Bhd. Pengurus Besarnya, Mohd Hanapi Mahmud berkata, kakitangannya sudah ke kediaman yang dimaklumkan berdepan masalah.


20 rumah alami tekanan air rendah

Menurutnya, hasil pemeriksaan di kampung tersebut, mendapati terdapat kira-kira 20 rumah berdepan masalah tekanan air rendah.

“Kita telah pergi tinjau masalah di kampung berkenaan dan mendapati terdapat 20 rumah tekanan air rendah. Esok kita akan membuat pemeriksaan injap kerana sebelum ni tekanan air di sini tidak bermasalah,” katanya.

Mohd Hanapi berkata, masalah tekanan ini kemungkinan besar berpunca dari injap, dan akan membuat pemeriksaan lanjut esok untuk mengenal pasti punca sebenar. Sinar


No comments:

Post a Comment