" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

NI BASO PERANGAI OGHE KELATE !!!



Jangan 'cah keting' jika mahu tawan Kelantan




KOTA BHARU - Ahli-ahli Umno di Kelantan diingatkan supaya jangan mensabotaj calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, jika mahu melihat Barisan Nasional (BN) merampas Kelantan daripada Pas.


Veteran Umno, yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, amalan 'cah keting' atau sabotaj perlu dihapuskan di kalangan pemimpin dan anggota Umno di semua peringkat.


"Pengalaman budaya 'cah keting' di dalam parti menjadi penghalang utama Umno atau Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kelantan daripada Pas sejak 20 tahun lepas," katanya.


Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-38 Koperasi Sri Nilam, di sini, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, senario politik di Kelantan sekarang sudah berubah di mana rakyat mula sedar dan mahu perubahan untuk menukar kerajaan.


"Apa yang penting anggota dan pemimpin Umno dan BN juga harus berubah daripada berfikiran lama bersikap dendam kepada sikap positif," katanya.


Beliau berkata ada kalangan pemimpin yang sanggup mensabotaj parti kerana tidak terpilih menjadi calon.


Beliau berkata, mereka harus bersatu padu dalam parti dan mengetepikan isu remeh temeh yang boleh menggugat kekuatan parti.


Katanya, Pas sebenarnya bukan parti yang kuat, tetapi perpaduan yang tidak mantap dalam Umno menyebabkan Umno lemah.


"Justeru, saya tidak menolak kemungkinan Umno dapat menawan semula negeri ini dalam PRU13 akan datang," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment