" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Bangsa Tionghua Dipukul K/tangan AKSB







KUALA KRAI – Seorang penduduk Taman Sri Wali, dekat sini, mendakwa dipukul seorang lelaki dipercayai kakitangan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) hanya kerana membuat aduan mengenai masalah air, di sini, kelmarin.


Mangsa, Lee Chai Guan, 39, mendakwa, kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika dia datang ke pejabat syarikat itu di sini untuk mengadu tentang gangguan air di kawasan perumahannya yang berlarutan sejak Jumaat lalu.


Katanya, tindakan lelaki memakai seragam AKSB itu menyebabkan kedua belah tangannya cedera selain bengkak dan lebam pada kaki hingga terpaksa cuti sakit selama dua hari.


“Memang suara saya tinggi masa cakap air tak ada, anak nak minum apa, nak buang air, nak mandi pun susah. Tiba-tiba seorang staf terus serang dan pukul saya dalam pejabat.


“Saya berlari keluar pejabat dan lelaki itu masih cuba pukul saya lalu saya ambil kayu sebelum ada orang tarik dan pegang dia,” dakwanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.


Chai Guan berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah ini kira-kira jam 3 petang sebelum dia diminta membuat pemeriksaan di hospital.


“Saya kecewa sebab lelaki itu tak cakap apa tapi terus hentam (pukul) saya. Mana boleh main pukul macam ini, saya ada anak isteri, kalau terjadi apa-apa pada saya, siapa nak jaga mereka,” katanya.


Chai Guan berkata, siapa pun ada anak kecil sepertinya akan naik marah jika berdepan masalah bekalan air, lebih-lebih lagi gangguan berlarutan selama beberapa hari tanpa sebarang notis atau bantuan lori tangki.


“Bagi orang tua tidak ada masalah sangat kalau tidak ada air tetapi kalau bayi berusia empat bulan macam anak saya, memang susah dan perlukan air terutama untuk buat susu dan mandi,” katanya. - Sinar Harian


- Walaubagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan. Tak kisah la apa pun, yang penting keperluan rakyat harus diutamakan.

No comments:

Post a Comment