Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata kebanyakan ahli parlimen pembangkang yang ada ketika ini sebenarnya tiada persediaan untuk menjadi seorang wakil rakyat.
Katanya, kebanyakan mereka juga sebenarnya terkejut yang mereka mampu menang pada pilihanraya umum yang lalu.
Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekecohan yang sering berlaku di Dewan Rakyat yang membabitkan ahli parlimen pembangkang sehingga menyebabkan ramai orang beranggapan yang Parlimen Malaysia seperti sarkas.
'Pembangkang ni buat begini kerana tiada budaya menjadi ahli Parlimen. Ramai dari mereka bertanding, dan terkejut menang. Mereka sebenarnya tiada persediaan, itu sebab kita tengok ramai yang berperangai macam beruk, menipu dalam dewan.
“Mereka ini bersatu atas niat yang negatif iaitu mahu menjatuhkan kerajan Barisan Nasional, bukan nak membela nasib rakyat. Sebab itulah kita lihat ahli Parlimen Barisan Nasional, kita ada budaya membela rakyat. Tapi pembangkang bukan membela rakyat, hujah mereka semua fitnah Umno, BN dan Perdana Menteri.
Menurut Nazri lagi, kebanyakkan hujah daripada ahli Parlimen pembangkang hanya dipenuhi fitnah untuk menjatuhkan kerajaan semata-mata.
“Datang parlimen, kerja mereka kritik kerajaan sahaja. Sebab itu kita tengok majoriti mereka datang ke parlimen bercakap memburukkan kerajaan BN,” katanya.
Nazri turut menyifatkan suasana kekecohan yang sering ditimbulkan oleh ahli Parlimen pembangkang sebenarnya lebih teruk dari sarkas.
“Dalam sarkas, binatang tak gigit tangan gembala dia. Tapi kalau ada orang yang macam Tian Chua (ahli Parlimen Batu) yang boleh gigit telinga polis, memang lebih teruk dari sarkas.
“Mereka juga terdiri dari banyak pelakon, pelakon video pon ada. Jadi tak hairan mereka jadikan parlimen sebagai tempat drama minggu ini. Mereka cuma berdrama. Takda kerja lain selain menipu, khianat, fitnah, mengada-adakan sesuatu yang tiada hingga ke tahap kerana terlampau banyak menipu, mereka percaya pada penipuan mereka sendiri,” kata ahli Parlimen Padang Rengas itu.
Namun begitu, Nazri percaya yang orang ramai kini telah mula sedar dengan kepalsuan Pakatan Rakyat di dalam perjuangan mereka.
No comments:
Post a Comment