Pengundi sekitar daerah Kuala Langat merungut kerana susah untuk berjumpa dengan ahli parlimen mereka, YB Abdullah Sani bin Abdul Hamid. Beliau menjadi ahli parlimen P.122 Kuala Langat pada pilihanraya umum tahun 2008 dengan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Sulaiman bin Karli dengan kelebihan majoriti 989 undi.
Abdullah Sani bukanlah anak tempatan dan tidak mahir dengan geo-politik tempatan (Kuala Langat), beliau dikatakan amat sukar untuk mendapat tempat di hati warga Kuala Langat terutamanya kaum Melayu.
Sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai satu-satunya wakil rakyat dari PKR, Abdullah Sani juga dikatakan mendapat tentangan dan dimusuhi oleh ahli-ahli PKR dalam cabang Kuala Langat sendiri. Ini amat ketara apabila pemilihan PKR cabang Kuala Langat pada November 2010 bagi jawatan ketua cabang menyaksikan pertarungan sengit 6 penjuru yang akhirnya dibatalkan setelah dua kali percubaan mengadakan sidang mesyuarat tersebut.
Namun, desas-desus mengatakan bahawa kuota PKR bagi pilihanraya umum ke 13 yang bakal berlangsung bila-bila masa dari sekarang bakal di isi oleh anak tempatan yang juga semakin gah namanya dalam politik negara terutamanya di negeri Selangor, Faekah binti Husin.
Sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah disebut-sebut sebagai calon favourite ahli-ahli PKR Kuala Langat bukan sahaja kerana beliau adalah anak tempatan, tetapi kerana keberaniannya dalam mempertahankan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang semakin teruk diasak oleh UMNO seluruh negeri Selangor menjelang pilihanraya umum ke 13 ini.
Mungkinkah atas faktor ini Abdullah Sani meroyan menghina Tun M untuk menarik perhatian ?
No comments:
Post a Comment