" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

BLOG MURTAD ???




Artis mempunyai kesan pengaruh yang kuat


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengenal pasti blog yang menggalakkan murtad bagi mengelakkan pemiliknya terus menyebarkan maklumat dan mendapat simpati serta pengaruh pihak tertentu.


Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap blog terbabit.


"Jakim turut merasa bimbang terhadap isu blog murtad yang dibangkitkan dan memandang serius perkara ini. Jakim sebagaimana peranan yang dijalankan selama ini, sentiasa menyemak dan mengadakan pemantauan terhadap penyebaran maklumat yang berkaitan dengan Islam yang disalur dan disebarkan oleh media baru ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.


Katanya, Jakim sebelum ini telah mengenal pasti beberapa blog yang cuba menyebarkan pengaruh murtad dan mengemukakannya kepada SKMM untuk tindakan sekatan, namun pihak yang tidak bertanggungjawab itu masih terus membuka blog baru dengan alamat yang berbeza-beza. - Bernama


- Terima kasih atas usaha JAKIM.  Walaupun ini bukan isu baru di Malaysia, dulu pernah hangat isu Aisyah Bukhari dan Lina Joy dan lain lain (klik sini) Tapi kini serangan para musuh Islam kini nyata berubah, mereka mula menyusup masuk dengan kemudahan internet. Kalau dulu cuba menyerang dari sudut Undang-Undang, di mana mereka menuntut keadilan buat si mereka yang sudah terpesong ini. Nyata mereka tidak pernah luntur semangat untuk menghapuskan Agama Suci ini.
 

Serangan mereka bertalu-talu, mampukah saudara-saudara kita menangkis semua bedilan berpandu mereka ini. Mereka sebarkan dakyah menggunakan dasar keterbukaan. Internet, dunia tanpa sempadan. Di dalam FACEBOOK misalnya, ada yang menggunakan nama samaran melayu untuk mengelirukan pengikut2 Nik Aziz. 


Awas!!! jangan terperangkap.

No comments:

Post a Comment