" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

HUDUD BELOM TENTU JIKA PAS MENANG






TIDAK. Ini diakui sendiri oleh Anwar semasa ditemuramah bersama Sin Chew Daily dengan mengatakan bahawa, jika pembangkang menang, beliau (Perdana Menteri) tidak akan sekali kali melaksanakan undang-undang Islam ataupun mengubah undang-undang Persekutuan sedia ada untuk merealisasikan hukum hudud.




DAP dari dulu lagi begitu konsisten dengan pendirian mereka berkenaan Hudud. Mereka tetap menolak perlaksanaan hukum Islam dijalankan di Malaysia


Bagaimana dengan PAS ?


PAS menyedari hakikat ini (pendirian rakan dalam PR). Lagi pun sesetengah dari pemimpin PAS seperti Zulkifli Ahmad, Salehudin Ayub dan ramai lagi mengakui bahawa hudud tidak semestinya dilihat kepada bentuk hukuman semata mata. Hudud perlu dilihat secara keseluruhan.




Maknanya, undang undang sediada sudah cukup jika ianya mampu mendidik, perikemanusiaan, adil serta dapat menjaga kebajikan rakyatnya. Itulah kehendak Islam yang sebenar bagi menjamin nasib keluarga, masyarakat dan rakyat terbela.





Bagaimana dengan pemimpin2 PAS di kampong2 ? Bila tiba saja PRU, lagu Hudud dimainkan.

No comments:

Post a Comment