" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

KERETA CURI DITEMUI DIBAKAR





Polis Kelantan menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui motif sebenar kejadian samun dan tembak seorang wanita di rumahnya di Kampung Slow Machang, dekat Pasir Mas, kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, itu adalah berikutan penemuan kereta jenis Honda Jazz yang dibakar di Kampung Gu, Demit, Kubang Kerian awal pagi semalam dan kenderaan terbabit dilarikan suspek ketika samun.

Beliau berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian samun dan tembak seorang wanita, Che Hasmah Che Awang, 50, kira-kira jam 5 pagi kelmarin, mempunyai motif lain.

“Berdasarkan senario rompakan ia tidak berbaloi dengan jumlah barangan yang diperoleh daripada keluarga mangsa ketika mereka melakukan samun. Akhirnya ibu yang menjadi mangsa,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, semalam.

Jalaluddin turut meluangkan masa melawat Che Hasmah di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II dan mangsa kini dilaporkan stabil.

Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berdekatan atau menerusi talian 09-7450999.

Berhubung penemuan kereta terbabit, seorang penduduk dikenali sebagai Soh, 41, berkata, kira-kira jam 12.30 pagi semalam, keluarganya mendapati kereta Honda Jazz dan sebuah Proton Iswara dipandu laju ketika melalui kawasan rumahnya.

“Kami terkejut kerana sejurus kemudian, terdengar beberapa letupan tidak jauh dari rumah sebelum melihat api marak membakar sebuah kereta,” katanya. Penduduk kampung yang menyedari kejadian itu kemudian menghubungi pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran terbabit.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Che Hasmah cedera parah selepas terkenan tembakan di perut kanan dalam kejadian samun di rumahnya dan empat suspek turut melarikan sebuah kereta Honda Jazz, barang kemas serta wang tunai RM5,000 - sinar harian

No comments:

Post a Comment