" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

MEKAH PUN ADA AIR BERTAKUNG !!!

Oleh : ADILA SHARINNI WAHID
Tarikh : November 19, 2011



Ibarat tinggal dalam air

KOTA BHARU – Ibarat tinggal dalam air, begitulah luahan seorang pesara kerajaan mewakili lebih 100 penduduk dari 20 keluarga yang rumah mereka dinaiki air sejak hujan lebat diramal melanda Kelantan pertengahan November, baru-baru ini.

Lebih memeritkan penduduk itu apabila air hujan yang membanjiri kawasan Perumahan Kampung Gertak Sagu, Kemumin, Pengkalan Chepa di sini itu didakwa terus bertakung walaupun ada hari tidak hujan.

Pesara kerajaan tersebut, Salleh Dollah, 58, berkata, masalah itu sudah berlarutan lebih lima tahun pada setiap kali tibanya musim hujan sehingga merosakkan jalan di kampung tersebut serta membatasi aktiviti seharian mereka.

“Hendak keluar masuk ke rumah sendiri pun menjadi susah apabila air yang bertakung bukanlah air semata-mata malah membawa bersama dengan lumpur yang boleh menyebabkan gatal.

“Lebih teruk apabila ada kenderaan lain terutamanya kereta yang lalu di depan rumah, air yang bertakung itu akan bergelombang dan masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, masalah itu sudah pun diadukan kepada wakil rakyat di kawasan tersebut bagaimanapun sehingga kini masih belum ada tindakan yang diambil.

“Sudah berhari-hari kami tinggal dalam air ini, walaupun hujan sudah pun berhenti, tetapi kerana tidak ada saluran, air ini tidak dapat ke mana-mana melainkan bertakung di kawasan rumah.

“Kami tampil pada hari ini (semalam) supaya pihak berwajib membuka mata dan tampil melihat sendiri masalah yang dihadapi penduduk di sini,” katanya.




Seorang warga emas, Halimah Ismail, 68, merayu supaya pihak berwajib membina longkang dan parit di kawasan perumahan bagi menyelesaikan masalah di kampung tersebut.

Katanya, dia dan keluarga kini mengalami kesusahan apabila air bertakung itu mula masuk dan bertakung di dalam bilik air di dapur rumahnya.

“Hari ini tidak hujan, kalau hujan air boleh naik sehingga 0.5 meter. Kami sekeluarga kini mandi dalam air bertakung itu, susah, kaki mula gatal-gatal dan berkudis sebab air itu kotor,” katanya.

No comments:

Post a Comment