" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

300 Penyokong Tegar PAS sertai UMNO




Seramai 300 penyokong tegar Pas di Parlimen Tanah Merah menyerahkan borang keahlian menyertai Umno dan mendakwa memahukan pembaharuan.

Borang keahlian diserahkan kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Seri Mustapa Moha-med pada Majlis Selamat Tinggal Pas, dekat sini yang turut dihadiri Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Da-tuk Ikmal Hisham Abd Aziz di mana seramai 170 keahlian baru dari Dun Gual Ipoh, 58 dari Dun Kemahang dan 72 dari Dun Bukit Panau.

Mustapa berkata, keahlian baru itu menunjukkan rakyat sudah bijak memilih kerajaan yang mampu memberi jaminan dan manfaat.

“Kebanyakan mereka hilang kepercayaan dengan janji dan cara pelaksanaan sejak sekian lama parti pembangkang.

“Strategi Selamat Tinggal Pas langkah terbaik bagi menarik ramai keahlian baru di mana rakyat sudah mula menerima cara pendekatan dilaksanakan pemimpin-pemimpin Umno,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan borang keahlian 300 penyokong Pas bagi menyertai Umno, dekat perumahan Kursial.

Menurutnya, rata-rata mereka tidak berpuas hati kerana tiada sebarang pembaharuan dilakukan walaupun sudah 21 tahun diberi peluang mentadbir dan tiada sebarang pembangunan untuk rakyat.

“Dahulu, Pas memperjuangkan Islam dan kini kebajikan, mereka seolah-olah tiada hala tuju, lagipun rakyat sudah pandai menilai siapa yang boleh memberikan manfaat untuk masa depan.

“Kita harap lebih ramai akan menyertai Barisan Na-sional (BN) sebelum menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan setia bersama dalam perjuangan Umno,” katanya.

Sementara itu Kamarudin Abd Halim, 48, berkata, punca utama dia beralih arah menyertai Umno melihat kepada cara pendekatan pemimpin Umno yang bersifat komuniti.

“Atas inisiatif itu, saya tukar arah kerana kecewa dengan parti yang disokong selama ini, saya nekad dan ini merupakan peluang terbaik untuk menyertai Umno,” katanya.

Zahari Ahmad, 46, yang merupakan penyokong tegar Pas kini sudah hilang keyakinan terhadap parti itu.

“Kecewa dengan cara mereka, saya nekad untuk keluar parti dan menyertai Umno. Apa yang saya harapkan nasib rakyat akan terbela,” katanya. sinar

No comments:

Post a Comment