" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Lebuh Raya atau Air Bersih di Kelantan?



 22 tahun minum air kotor


Mana yang lebih utama untuk rakyat Kelantan, lebuh raya yang menghubungkan Kuala Krai ke Kota Baharu atau kemudahan air bersih? Kegagalan kerajaan negeri menyediakan kemudahan air bersih sejak memerintah Kelantan menyebabkan rakyat mula faham dengan retorik politik di negeri itu.
 

Tekanan air yang rendah serta kualiti yang teruk di Kelantan seolah-olah sudah sebati dengan kehidupan rakyat. Isu air bersih tidak ditangani dengan baik oleh kerajaan negeri, selain memberi dalih kos yang tinggi bagi menukar saluran paip serta menambah baik loji air. Kerajaan negeri sanggup membiarkan rakyat Kelantan minum air yang tidak bersih.  Malaysia sudah berstatus negara maju namun rakyat Kelantan masih belum menikmati bekalan air bersih.
 
Menurut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, orang tidak mahu masuk melabur kerana mereka terpaksa menanggung kos terlalu tinggi untuk membina sendiri kemudahan asas, terutama untuk bekalan air di Kelantan.
 

Sekiranya dilihat negeri-negeri pantai timur, hanya Kelantan tidak mempunyai pelabuhan. Faktor perhubungan dan kekurangan prasarana antara sebab pelabur tidak berminat melabur di negeri itu di samping masalah bekalan air bersih. Kos pengangkutan udara yang tinggi serta penggunaan jalan darat yang tidak sistematik menyebabkan pelabur lebih berminat melabur di Terengganu dan Pahang.
 

Seharusnya rakyat Kelantan menyedari hakikat ini dan menggarap perubahan dengan memilih sebuah kerajaan yang mampu menyelesaikan masalah mereka.
 

Dilihat secara kasar, tidak adil sekiranya apabila keadaan buruk yang berlarutan sejak sekian lama ini ditangani Barisan Nasional, tetapi hakikatnya rakyat perlu diutamakan. Malaysiaktif

No comments:

Post a Comment