" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

PAS HANYA PANDAI BERJANJI


BODOHLAH MEREKA YANG MASIH TERPENGARUH DENGAN JANJI2 PAS YANG KOSONG DAN SEDIKITPUN TIDAK MEMBERI MANFAAT SEBALIKNYA BALA YANG DAPAT.

ADA JUGA SEGELINTIR YANG DAH MENGECAP KEMEWAHAN HASIL DARI DASAR2 KERAJAAN BN TAPI MASIH MENGAGUNGKAN KERAJAAN WALI SELIPAR YANG LANGSUNG TIDAK MEMBERI FAEDAH KEPADA DIRI MEREKA.

Rakyat kecewa ditadbir PAS

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar, Betty Subaryati dan Paya Linda Yahya
bhnews@bharian.com.my
2011/06/14

Tidak banyak peluang kerja disediakan, hanya tabur janji kosong

KOTA BHARU: Penduduk yang menganggur di negeri ini terkilan dengan sikap Kerajaan PAS Kelantan tidak mewujudkan banyak peluang pekerjaan, manakala badan bukan kerajaan (NGO) pula mahu dana diberi kepada mereka bagi tujuan menjalankan kegiatan kebajikan kepada masyarakat.

Mereka mahu Kelantan memberi perhatian terlebih dulu kepada masalah pengangguran rakyat negeri ini yang berjumlah lebih 25,000 dan menyalurkan dana kepada NGO bagi menyemarakkan kebajikan pada rakyat sebelum melaungkan penubuhan negara berkebajikan.

Abdul Aziz Mat Noor, 51, yang menganggur sejak lebih 10 tahun lalu mendakwa tidak pernah menerima bantuan daripada kerajaan negeri walaupun hidupnya ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.

Malah, beliau yang mempunyai lima anak termasuk seorang yang terlantar di hospital kerana menghidap kencing manis, hanya bergantung ihsan kepada rakan-rakannya untuk membantu dirinya dan keluarga.

“Saya memohon kerajaan negeri memberi bantuan kepada kami sekeluarga sejajar dengan hasrat mahu menubuhkan negara berkebajikan.

“Saya tinggal di rumah sewa dengan bayaran RM120 sebulan, namun saya sering kali tidak mampu membayar sewa bulanan itu sehingga sering tertunggak antara lima hingga enam bulan, kerana tiada pendapatan tetap," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol, di sini, semalam.

Pelajar lepasan Diploma Kejururawatan, Kolej Polytech Mara, Nik Ainurani Nik Zamani, 25, berkata, beliau sangsi dengan cadangan PAS untuk menubuhkan negara berkebajikan yang turut memberi elaun kepada penganggur.

Katanya, pemberian elaun kepada penganggur menerusi negara kebajikan boleh menyebabkan mereka yang menganggur semakin malas mencari peluang pekerjaan.

Sementara itu, Yayasan Pembangunan Wanita Kelantan (Yayasan Murni Kelantan) yang memberi tumpuan membela golongan wanita di negeri ini, khasnya ibu tunggal, mengharapkan kerajaan PAS memberi bantuan bagi memastikan NGO itu dapat menjalankan kegiatan.

Setiausahanya, Lin Zainon Che Mahmood, berkata pihaknya pernah menerima bantuan daripada isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Nik Ishak, ketika awal penubuhan dan selepas itu terpaksa bergerak sendiri, selain bantuan Kerajaan Pusat.

Katanya, sebahagian daripada kira-kira 9,000 ibu tunggal yang berdaftar dengan yayasan berkenaan memerlukan bantuan, termasuk kewangan kerana ketiadaan suami kerana kematian atau bercerai.

Di ALOR SETAR: NGO di negeri ini menyifatkan prinsip negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS hanya akan memperlihatkan lebih banyak kelemahan parti itu yang selama ini gagal dalam hal menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat.

Pengerusi Yayasan Prihatin Kemiskinan dan Pendidikan Kedah (YPKPK), Zuraidi Rahim berkata, selama tiga tahun kerajaan PAS Kedah memerintah negeri dengan memperjuangkan prinsip Kedah Sejahtera yang seakan sama konsep negara berkebajikan, ia ternyata gagal membawa perubahan terhadap kadar kemiskinan, pengangguran, masalah infrastruktur dan keciciran pendidikan di kalangan rakyat.

"Saya difahamkan, daripada kira-kira 1.8 juta rakyat Kedah, seramai 500,000 daripadanya adalah penerima bantuan JKM dan jumlah itu yang ada di atas kertas. Kita yakin kadar sebenar golongan layak terima bantuan adalah lebih daripada itu,” katanya.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Kedah, Syed Osman Mansor berkata, PAS perlu jelas dengan maksud dasar negara berkebajikan kerana prinsip itu hakikatnya sudah lama diperjuangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Rakyat sudah muak dengan janji manis dan jika benar PAS memperjuangkan negara berkebajikan, kita mahu tengok adakah ia sekadar slogan atau sebaliknya," katanya.

No comments:

Post a Comment