" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

KERJASAMA UMNO - PAS



Tidak timbul soal siapa menang siapa kalah atau siapa kuat dan siapa lemah berhubung kerjasama antara UMNO dan Pas.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, yang penting dalam hal ini, masing-masing hendaklah iklhas seperti yang disarankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

Mohd Puad, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya cadangan kerjasama antara UMNO dan Pas itu adalah kerana UMNO telah lemah.

"Perpaduan rakyat khususnya orang Melayu perlu dilihat dari sudut positif, dan sebab itulah, satu pendekatan terbaik perlu dicari bagi mewujudkan kerjasama antara UMNO dan Pas," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Bachok di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Beliau berkata, cadangan untuk mewujudkan perpaduan hasil kerjasama antara dua parti politik terbesar orang Melayu itu tidak mustahil menjadi kenyataan kerana kedua-dua parti itu mempunyai banyak persamaan terutama daripada segi pendidikan, ekonomi dan agama.

No comments:

Post a Comment