" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Peniaga minta SPRM siasat

KOTA BHARU- Lebih 20 wakil peniaga Pasar Lama Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) dan peniaga pasar malam menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat mengenai penjualan pasar terbabit dengan harga RM3.8 juta.

Wakil peniaga, Mohd Zaman Yussof, 46, berkata, laporan berkenaan dibuat berikutan kemusykilan peniaga terhadap penjualan Pasar Lama MPKB berserta tapak kepada Syarikat Sensatimur Sdn Bhd dipercayai dengan harga murah.

“Selain bangunan pasar lama, pembelian Bazar Tengku Anis tingkat satu dengan harga tinggi kira-kira RM18 juta juga turut menjadi tanda tanya setelah kami membaca buku tulisan Syed Azidi Syed Abdul Aziz bertajuk ‘Bazar Tok Guru Dari Ruang Niaga Ke Lubang Kubur’.

“Di dalam buku ini, semua hal penjualan bangunan berkenaan ada diceritakan secara jelas mengenai isu bazar termasuk harga jualan dan pembeliannya,” dakwanya kepada pemberita semasa menyerahkan laporan kepada Timbalan Pengarah (Operasi) SPRM Kelantan, Che Aziz Hamzah kira-kira jam 10.53 pagi, di pejabat SPRM, di sini, semalam.

Beliau berkata, berdasarkan buku terbabit, ia menimbulkan persoalan daripada peniaga apabila membaca mengenai jualan arked MPKB dan harga pembelian Bazar Tengku Anis yang menjadi lokasi baru peniaga ditempatkan.

“Kami (peniaga) berasakan penjualan dan pembelian ini tidak munasabah dan mahu ia dijelaskan dan inginkan jawapan sebenar daripada perkara ini dengan meminta pihak SPRM menyiasat mengenainya,” katanya.

Beliau mendakwa, kemungkinan timbul penyelewengan kuasa atau penyelewengan yang dilakukan pegawai tertentu dalam urusan jual beli.

“Lebih mengecewakan, dalam buku ini, kami (peniaga) mendapat tahu ada pegawai yang dahulunya bekerja dengan MPKB tetapi mengambil tindakan meletak jawatan terlebih awal dan kini memegang jawatan di Sensatimur Sdn Bhd,” dakwanya.

Mohd Zaman berkata, SPRM juga diminta menyiasat berhubung kes Bazar Tok Guru yang dikatakan kerajaan menganggung kerugian kira-kira RM50 juta disebabkan pembelian semula aras bawah bazar berkenaan dengan nilai RM23 juta.

“Itu tidak termasuk kehilangan tanah seluas 3.36 hektar bagi tapak bazar itu dengan kerugian RM30 juta,” dakwanya.

Kata beliau, peniaga juga mahu SPRM menyiasat mengenai Bazar Tok Guru apabila gerai dan laluan lot gerai dikatakan sempit sama ada ia mendapat kelulusan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kerja Raya.

“Hal ini menjadikan kami serba salah untuk buat kerja (berniaga), kena pindah, dengan tempat yang sempit, semua ini buat kami berfikir siang malam,” katanya.

Selain itu, peniaga lain, Wan Muhammad Noor Yusof, 56, berkata, sejak 23 tahun meniaga di situ, kes itu menjadi dilema kepada mereka, malahan turut menyokong usaha peniaga yang mahu kes berkenaan disiasat pihak SPRM.

Isu berkenaan timbul semula apabila 415 peniaga di Pasar Lama MPKB dan Pasar Arked Uda akan dipindahkan ke Bazar Tok Guru tidak berpuas hati dengan keluasan lot kedai di situ.

Kerajaan Negeri sebelum ini mengakui pihaknya terpaksa menanggung kerugian akibat masalah teknikal apabila terpaksa membeli semula Bazar Tok Guru daripada syarikat swasta setelah bazar terbabit dijual PMBK. Sinar

- DAH LA DOK KENCING RAKYAT, MENZALIMI LAGI PUAK2 YG MENGGUNAKAN AGAMA NI...

No comments:

Post a Comment