" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

Isu air Kelantan dapat perhatian Suhakam



Bekalan air Kelantan yang sering menimbulkan rungutan dalam kalangan rakyat mendapat perhatian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) apabila beberapa peserta membangkitkan isu itu dalam Dialog Suhakam Bersama Rakyat di sini, hari ini.

Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam ketika menjawab soalan peserta berkata, kemudahan asas termasuk bekalan air adalah tanggungjawab kerajaan dan pihaknya akan melanjutkan masalah itut untuk dibincangkan.

Sebelum itu, seorang peserta mendakwa, dia bertindak memotong bekalan air ke rumahnya kerana setelah empat tahun membayar bil, tetapi tidak mendapat perkhidmatan sewajarnya.

"Saya kecewa kerana bekalan air sejak dahulu lagi bermasalah sehinggalah empat tahun lepas saya kembali semula ke negeri ini, masalah yang sama masih berulang.

"Saya malu apabila mendapati rakyat di negeri lain telah lama menikmati bekalan air secukupnya, tetapi saya hanya membayar bil air bertahun-tahun, tetapi air tidak naik ke atas rumah dua tingkat yang saya sewa," katanya.

Isu berkaitan saman ekor pihak polis turut dipersoalkan apabila ada peserta mendakwa, rakyat seolah-olah dipaksa membayar saman yang tidak diketahui bila, bagaimana dan di lokasi mana mereka melakukan kesalahan itu.

Suhakam dalam jawapannya yang diwakili oleh Muhammad Sha'ani Abdullah berkata, pihaknya telah mengusulkan perkara itu kepada Kementerian Pengangkutan berhubung masalah saman ekor.

"Isu itu juga akan dipanjangkan kepada pihak Peguam Negara supaya mengambil kira peruntukan di dalam akta yang melibatkan hak-hak asasi rakyat diberikan kepada yang sepatutnya," katanya. UtusanOnline

- BEGINILAH NASIB RAKYAT KELANTAN JIKA TERUS BERADA DI BAWAH PEMERINTAHAN ISLAM ALA PAS

No comments:

Post a Comment