" 10 TAHUN LAGI MELAYU AKAN HILANG KUASA " - TUN MAHATHIR

2,000 KESAL DENGAN TINDAKAN BODOH KERAJAAN PAS KELANTAN




Lebih 2,000 penduduk berhampiran tanah Rancangan Felcra Teratak Batu dekat sini kesal dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan meluluskan kawasan tadahan hujan di Bukit Kabung seluas 50 hektar kepada sebuah syarikat pembalakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), Mukim Gong Kelih, Mat Lazim Zakaria berkata, kelulusan menyebabkan kawasan hutan dara tertsebut telah diteroka yang mungkin menyebabkan hakisan dan tanah runtuh.

Beliau mendakwa, sejak penerokaan kawasan hutan itu dibuat, para penduduk kini berdepan dengan masalah gangguan bekalan air bersih untuk kegunaan harian serta untuk menjalankan projek pertanian melalui sistem takungan.

"Tandak yang dibina untuk takungan air bersih dengan kos RM100,000 kini dipenuhi tanah dan lumpur sehingga menyebabkan paip yang menyalurkan bekalan air ke rumah penduduk dan kawasan pertanian tersumbat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mat Lazim turut membawa pihak media dan Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan, Nik Nukima Nik Abdul Majid, meninjau sendiri kawasan tadahan air tersebut yang terletak berhampiran kawasan pembalakan baru.

Beliau memberitahu, selain penduduk di kawasan Felcra Teratak Batu, dua lagi kampung tradisional iaitu Gong Kelih dan Gong Genor turut menerima nasib sama, sehingga ada penduduk terpaksa menggunakan air berlumpur pada musim tengkujuh dan bekalan terhad ketika kemarau

No comments:

Post a Comment